Categories
SELANGOR

Kerajaan Negeri sumbang RM213,000 untuk Gereja di Selangor

OLEH NAZLI IBRAHIM

SUBANG JAYA, 19 DIS: Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM213,000 untuk disumbangkan kepada gereja-gereja di Selangor bagi membiayai aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan masing-masing.

Sumbangan itu disampaikan oleh Exco Pelancongan, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong yang mewakili Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali pada Majlis Sambutan Hari Krismas Peringkat Negeri Selangor 2016 di Dataran Summit USJ di sini, malam tadi.

Sementara itu, sambutan perayaan masyarakat Kristian bermula sejak jam 6.00 petang itu disambut meriah apabila dihadiri lebih 3,000 hadirin sejak petang lagi.

img_2843Selain dihiburkan dengan persembahan Selangor Philharmonic Orchestra, turut menarik perhatian dalam sambutan kali ini adalah kepelbagaian juadah yang disediakan untuk pengunjung.

Antara juadah menarik perhatian pada majlis dihadiri pelbagai kaum dan lapisan masyarakat itu adalah bihun Singapura, kebab, cendol, kuew teow goreng dan hampir 15 juadah lain.

-nR-