Categories
SELANGOR

MB ucap takziah kematian Ketua Menteri Tamil Nadu

SHAH ALAM 6 DIS: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menyampaikan ucapan takziah kepada rakyat di Tamil Nadu ekoran kematian Ketua Menteri Tamil Nadu, Jayalalithaa Jayaram.

“Takziah buat rakyat Tamil Nadu atas pemergian Ketua Menteri Jayalalithaa semalam,” tulis Mohamed Azmin ditwitternya.

Jayalalithaa meninggal dunia selepas menjalani pembedahan susulan serangan jantung yang dialaminya pada malam Ahad lalu.

Sebaik berita mengenai kematiannya tersebar, ribuan penduduk memenuhi jalan raya sepanjang tengah malam untuk melihat ambulans yang membawa mayatnya.

Awal semalam, ribuan penyokong Jayalalithaa merapati dan menangis dengan berkumpul di luar hospital sambil berdoa agar beliau segera sembuh.

Lebih 6,000 anggota polis dari seluruh negeri terpaksa dikerah untuk memastikan keselamatan awam selepas berita kematiannya.

Kerajaan Tamil Nadu mengisytiharkan tempoh berkabung selama tujuh hari bermula hari ini.

Sekolah, kolej, pejabat dan perniagaan ditutup selama tiga hari dengan cuti umum dikeluarkan bagi negeri Selatan India itu.

Mayat Jayalalithaa akan diletakkan di Dewan Umum di Chennai bagi membolehkan orang ramai memberi penghormatan terakhir.

=EZY=