Categories
EKONOMI

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 6 DIS: Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, berikutan permintaan berterusan susulan Bank Negara Malaysia (BNM) melaksanakan langkah untuk menstabilkan mata wang tempatan itu.

Pada jam 9.05 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4420/4470 berbanding 4.4470/4500, semalam lapor BERNAMA.

Seorang peniaga berkata, langkah BNM telah membantu meningkatkan keyakinan pelabur dan berharap aliran peningkatan ringgit akan berterusan.

Minggu lalu, bank pusat berkenaan mengumumkan langkah berkenaan, yang mana berkuat kuasa semalam, untuk meningkatkan kecairan dan menggalakkan dagangan domestik ringgit.

Harga minyak yang lebih stabil iaitu pada sekitar AS$55 setong juga menggalakkan ringgit untuk dibuka lebih tinggi.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1317/1370 daripada 3.1207/1232 semalam dan jatuh berbanding yen kepada 3.9109/9170 daripada 3.8934/8987.

Berbanding euro, ia lebih rendah pada 4.7774/7850 daripada 4.7285/7321 dan jatuh berbanding pound British pada 5.6542/6628 daripada 5.6486/6542.

=EZY=