Categories
NASIONAL

RON95 naik 20 sen 1 Januari 2017

KUALA LUMPUR 31 DIS: Harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel naik 20 sen, manakala bagi RON97 naik 15 sen bermula tengah malam ini.

Kadar baharu berkuat kuasa 1 Januari 2017 bagi RON95 adalah RM2.10 seliter berbanding RM1.90 sen seliter untuk Disember, lapor Astro Awani.

Harga RON97 adalah RM2.40 berbanding RM2.25 seliter untuk Disember, manakala harga diesel ialah RM2.05 seliter berbanding RM1.85 pada Disember.

Perkara itu disahkan Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM).

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah memilih untuk menetapkan harga petrol dan diesel pada sistem apungan terurus sejak 1 Disember tahun lepas berikutan penyingkiran subsidi bahan api.

=EZY=