Categories
SELANGOR

Sultan Sharafuddin ziarah makam almarhum ayahanda

OLEH AFIX REDZUAN

KLANG, 6 DIS: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menziarahi makam ayahanda, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Makam DiRaja Klang bersempena dengan Ulangtahun Keputeraan Baginda Sultan ke-71.

Baginda yang tiba diperkarangan makam sekitar jam 10 pagi bersama DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah sambil diiringi Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Mohd Tamyes Abd Wahid.

Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selama setengah jam yang dipimpin Mohd Tamyes.

Baginda kemudiannya menabur bunga dan menyiram air mawar di beberapa makam sebelum berangkat pulang meninggalkan perkarangan istana.

=EZY=