Categories
SELANGOR

Penduduk PJ terima 75,000 tong sampah percuma

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 15 JAN: Sebanyak 75,000 tong sampah plastik berwarna oren akan diedarkan kepada penduduk di kawasan seliaan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam program pemberian tong percuma, pada tahun ini.

Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MBPJ, Lee Lih Shyan berkata, program pemberian tong sampah percuma dianggarkan menelan belanja kira-kira RM7 juta.

“Tong sampah berkapasiti 120 liter itu hanya akan diedarkan kepada pemilik harta kediaman bertanah dengan Kampung Cempaka New Village menjadi kawasan pertama menerima 400 tong sampah.

“Usaha itu adalah untuk menjaga kebersihan di kawasan seliaan MBPJ,” katanya dalam kenyataan.

Penduduk yang menerima tong sampah percuma perlu membawan salinan cukai taksiran dan kad pengenalan tertera premis kediaman.

Setiap satu kediaman hanya menerima satu unit tong sahaja.

-AA-