Categories
BERITA UTAMA EKONOMI

Ringgit bermula 2017 diniaga rendah berbanding dolar AS

SHAH ALAM 3 JAN: Ringgit memulakan prestasi pada 2017 bermula lemah apabila susut ke paras RM4.4932 berbanding dolar AS, paras terendah sejak krisis kewangan Asia 1998.

Ia sejajar dengan kelemahan mata wang serantau lain berikutan jangkaan pusingan seterusnya kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS).

Berbanding dolar Singapura ia lebih baik apabila diniaga pada 3.0914/0963 berbanding 3.1043/1085 pada 30 Disember 2016.

Ringgit juga naik berbanding yen kepada 3.8229/8273 apabila diniaga 3.8375/8411 sebelum ini.

Manakala pound ringgit diniaga pada 5.5130/5183 berbanding 5.5213/5259 manakala euro diniaga 4.6953/7013 berbanding 4.7482/7523 sebelum ini.

=EZY=