Categories
EKONOMI

Saham Asia dan Bursa Malaysia bermula positif hari ini

TOKYO 11 JAN: Saham Asia berada pada paras tinggi dua bulan pada Rabu selepas pelabur menantikan sidang media bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump lewat hari ini.

Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan ini bagi mendapatkan petanda berhubung dasar Trump mengenai cukai, perbelanjaan fiskal, mata wang dan perdagangan antarabangsa.

Walaupun rancangan Trump untuk memotong cukai dan perbelanjaan infrastruktur memacu saham AS dan mata wang dolar, kenyataan bersifat “berselindung” itu membuatkan ramai pelabur mengambil pendekatan berhati-hati.

Indeks meluas MSCI bagi saham Asia Pasifik di luar Jepun sedikit berubah pada dagangan awal hari ini.

Ia berada pada paras dua bulan tinggi, yang pada dasarnya kembali kepada paras sebelum pilihan raya AS selepas pulih daripada kerugian lebih lima peratus.

Nikkei Jepun pula ditandakan sehingga 0.2 peratus.

Sementara itu Bursa Malaysia meningkat sedikit pada awal dagangan hari ini disokong lonjakan dalam saham mewah sejajar dengan kenaikan di kebanyakan pasaran serantau.

Pada jam 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.86 mata kepada 1,672.91.

=EZY=