Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

‘Smart PJ’ urus cabaran pertumbuhan bandar

OLEH NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA, 6 JAN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan melaksanakan projek ‘Smart PJ’ berasaskan matlamat bandar raya selamat, bersih dan bahagia.

azizi-mbpjDatuk Bandarnya, Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain berkata, Smart PJ merupakan sistem pengurusan bandar bersepadu yang menggunakan teknologi maklumat.

Katanya, satu pusat yang dikenali ‘command centre’ akan diwujudkan untuk menghubung, mengawasi dan mengawal aktivti berteraskan kepada tiga elemen.

“Smart PJ merupakan penyelesaian menyeluruh bagi mengurus cabaran pertumbuhan bandar.

“Ia boleh mencorakkan budaya dan gaya hidup termasuk kediaman, pendidikan, kesihatan juga keselamatan,” katanya sempena Majlis Anugerah Sustainable Community Award 2016 dan Pelancaran PJKita, baru-baru ini.

Pada masa sama, Azizi berkata, Smart PJ akan disokong program PJKita dalam mempersiapkan komuniti ke arah inisiatif itu.

“PJKita merupakan ‘platform’ digital bagi ‘community engagement’. PJKita akan mempromosikan lima prinsip utama,” katanya.

Beliau berkata, ia membabitkan jalinan kerjasama, kerjasama strategik, amalan sukarelawan, budaya dan gaya hidup serta digital ‘fabrication’.

-NFN-