Categories
EKONOMI

Harga minyak Brent susut

TOKYO 24 FEB: Harga minyak AS susut selepas data yang diumumkan kerajaan pada lewat petang semalam menunjukkan bekalan meningkat tujuh minggu berturut-turut.

Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan walaupun kerugian tidak berganjak berikutan peningkatan inventori, ia kekal di bawah jangkaan.

Minyak mentah AS, West Texas Intermediate susut 13 cent atau 0.2 peratus kepada AS$54.32 setong pada 0048 GMT, selepas ditutup 86 cent lebih tinggi pada sesi sebelumnya.

Minyak mentah Brent diniagakan rendah 13 cent atau 0.2 peratus kepada AS$56.45. Kontrak meningkat 74 cent pada sesi sebelumnya untuk ditutup kepada AS$56.58.

Inventori minyak mentah AS meningkat sebanyak 564,000 tong pada minggu berakhir 17 Februari, naik buat tujuh minggu berturut-turut walaupun ia di bawah jangkaan penganalisis iaitu kenaikan 3.5 juta tong, kata Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA).

Inventori petrol susut lebih daripada jangkaan selepas kilang penapis mengurangkan pengeluaran, kata EIA.

=EZY=