Categories
GLOBAL

Malaysia sahkan Bangladesh benar bantu pelarian Rohingya

KUALA LUMPUR 4 FEB: Kerajaan Malaysia mengesahkan Kerajaan Bangladesh membenarkan “Misi Kemanusiaan-Food Flotilla for Myanmar” untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya di Bangladesh.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan berkata, keputusan diperoleh pada Jumaat malam itu merupakan hasil kerjasama dua hala antara kedua-dua negara, lapor Astro Awani.

Sebelum ini, Kerajaan Bangladesh tidak membenarkan misi Food Flotilla memberikan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya di sekitar Pelabuhan Teknaf.

Pertemuan Anifah dengan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, Md. Shahidul Islam pada Jumaat adalah untuk mendapatkan penjelasan daripada Kerajaan Bangladesh.

Ia berkaitan keputusan Kerajaan Bangladesh tidak membenarkan “Misi Kemanusiaan-Food Flotilla for Myanmar” untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya di Bangladesh.

=EZY=