Categories
NASIONAL

MB: Terpulang kepada Menteri untuk dedahkan sendiri

OLEH NAZLI IBRAHIM

SUBANG, 11 FEB: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali tidak akan mendedahkan identiti menteri kanan yang bakal meletak jawatan tetapi menyerahkan kepada individu terbabit untuk mengumumkannya.

Mohamed Azmin berkata, tindakan beliau mendedahkan identiti menteri kanan itu akan menyebabkan Menteri terbabit diugut dan ditekan seperti yang sering berlaku sebelum ini.

“Saya tidak menamakan pimpinan tersebut kerana menghormati perbincangan sulit antara saya dan individu berkenaan dan saya juga faham kalau saya menamakan individu tersebut, Malaysia ini menjalankan satu sistem yang mengugut dan tekan individu berkenaan,” kata Mohamed Azmin.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri program ‘Dr Syed Husin Ali: Pembina Fikrah Perjuangan dan Peluncuran Buku Terbaru” di Hotel Empire, Subang Jaya di sini, petang semalam.

Bagaimanapun Mohamed Azmin yang menghormati keputusan Menteri Kanan terbabit, enggan menjelaskan bilakah dan tempat pertemuan sulit itu diadakan.

“Pertemuan diadakan dalam dunia, pada suatu ketika. Menteri di Malaysia. Jaga salah satu portfolio diputuskan oleh Perdana Menteri,” katanya.

=EZY=