Categories
SELANGOR

Caj perkhidmatan 8% HIJRAH munasabah

SHAH ALAM, 29 MAC: Caj perkhidmatan lapan peratus yang dikenakan skim mikrokredit HIJRAH Selangor (HIJRAH) disifatkan munasabah walaupun ia lebih tinggi berbanding kadar ditawarkan institusi kewangan komersial lain.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, hal itu kerana HIJRAH menawarkan pelaksanaan latihan dan kursus keusahawanan kepada peminjam.

“Hasil kutipan caj itu juga digunakan untuk menampung kos pengurusan termasuk pengubahsuaian pejabat serta bayaran gaji kepada 233 kakitangan HIJRAH,” katanya di sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri Kampung Tunku, Lau Weng San berkenaan HIJRAH.

HIJRAH adalah program mikrokredit bersepadu gagasan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang menggabungkan SKIMSEL, MIMBAR dan WALA yang dilaksanakan sejak 2010.

Program itu dilancarkan secara rasmi, pada 24 Mac 2015.

-AA-