Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Kuota haji Malaysia ditambah kepada 30,200

SHAH ALAM, 15 MAC: Kuota haji rakyat Malaysia tahun ini ditambah kepada 30,200 berbanding 27,900 orang, kata Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Katanya, tambahan itu berikutan perbincangan semasa lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud ke Malaysia, baru-baru ini.

“Tabung Haji mendapat 30,200 kuota haji tahun ini berbanding 22,230 selama tiga tahun, sebelum ini,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, pada persidangan Dewan Rakyat, lapor BERNAMA.

Pada Januari lalu, kuota haji Malaysia dikembalikan kepada 27,900 berbanding 22,230, sejak 2013.

-AA-