Categories
SELANGOR

SAY Ada Gaya cungkil bakat baru anak muda

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SUBANG, 15 MAC: Tiga orang anak muda yang berbakat berjaya ke peringkat akhir SAY Ada Gaya melalui kempen mengispirasi belia yang dinamakan SAY Ignite 2017 anjuran Selangor Youth Community (SAY) di bawah naungan DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ketiga peserta akhir bakal berentap merebut hadiah keseluruhan berjumlah RM9,500 dan diberi peluang program mentor bersama duta SAY Ada Gaya, Altimet pada 1 April ini.

Mereka berjaya ke peringkat akhir adalah penyanyi, Ika Mustafa dan Muhammad Akmal Harith serta penari berkumpulan, Dynamic Duo.

Pada peringkat separuh akhir yang diadakan semalam, seramai 10 peserta berentap dan tiga peserta teratas dipilih dan diadili tiga juri membabitkan penaung SAY, Tengku Amir Shah; penyanyi, Damian Mikhail dan enolong Pengurus Besar Sunway Group, Bernard Paul.

Pengurus Kanan SAY, Zaiferez Hadzere Zainal berkata, SAY Ada Gaya merupakan sebuah pertandingan mencari bakat baru melalui inspirasi daripada sebuah rancangan Telivisyen “Britain’s Got Talent” yang dilihat berjaya mencungkil bakat baru di United Kingdom.

GAYA1Katanya, program itu terbuka buat semua belia yang berumur dari 18 hingga 35 tahun dengan memuat naik video bakat mereka melalui laman Web SAY.

“Seramai 86 video kami terima meliputi beberapa segmen antaranya termasuklah nyanyian, tarian, bermain alat muzik, bermain papan selaju, bermain yoyo dan sebagainya.

“Ini adalah platform buat bakat baru belia yang kita iktiraf supaya dapat diangkat ke tahap lebih tinggi,” katanya kepada SelangorKini selepas Program SAY Ada Gaya di Sunway Pyramid, semalam.

Tambahnya lagi, SAY IGNITE 2017 digubal untuk meraikan kepelbagaian bakat dan latar belakang belia khususnya agar dapat membentuk masa depan Selangor yang lebih dinamik dan progresif.

=EZY=