Categories
SELANGOR

Air Selangor nafi gangguan bekalan

SHAH ALAM, 25 APRIL: Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd (Air Selangor) menafikan maklumat palsu yang tular laman sosial berkenaan gangguan bekalan air di Klang, Shah Alam dan Kuala Langat, pada 30 April ini.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah berkata, maklumat itu sebaliknya merujuk kepada gangguan bekalan air berjadual, pada tahun lalu iaitu 30 April 2016.

“Kami menasihatkan pengguna merujuk kepada aplikasi telefon pintar ‘mySyabas’ atau layari laman sesawang www.syabas.com.my untuk mendapatkan maklumat sahih dan terkini berkenaan gangguan bekalan air,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Air Selangor memaklumkan gangguan bekalan air tidak berjadual berlaku di daerah Hulu Langat ekoran paip pecah bersaiz 150 mm AC.

Katanya, kawasan terlibat adalah Taman Bukit Mewah dan bekalan akan dibuka semula selepas kerja pembaikan yang dijangkakan siap, pada jam 5 petang ini.