Categories
SELANGOR

Festival Seni UNISEL galak aktiviti kesenian mahasiswa

SHAH ALAM, 24 APR : Universiti Selangor (UNISEL) menganjurkan Festival Seni UNISEL sebagai galakan kepada mahasiswanya mendekatkan diri dengan aktiviti kesenian, 27 April ini.

Bertempat di Dewan Pro Canselor kampus UNISEL Shah Alam, pengisian festival turut diadakan forum perbincangan bertajuk ‘Seni Alat Pembebasan?’

Menariknya, ia turut menampilkan panelis Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, Seniman; Dinsman dan Wakil Mahasiswa; Jailius Jaibin.

Untuk makluman, penganjuran festival terbuka kepada orang awam.

Sebarang pertanyaan orang awam boleh menghubungi Syaz di talian 017-6970677 atau 03-55223456.FESTIVAL SENI UNISEL