Categories
GLOBAL

Israel sumber maklumat rahsia AS kepada Rusia

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

GLOBAL 17 MEI: Maklumat rahsia perisikan yang didedahkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kepada pihak Rusia di White House pada pertemuan minggu lepas dibekalkan oleh perisikan Israel.

THE NEW YORK TIMES melaporkan perkara itu didedahkan bekas dan pegawai Amerika Syarikat berkenaan bagaimana negara itu memperolehi maklumat sensitif.

Pendedahan itu bakal menyebabkan kesan hubungan diplomatik yang tidak menentu berkenaan bagaimana White House menangani maklumat rahsia perisikan sensitif.

Israel adalah salah satu sekutu rapat Amerika Syarikat dan melaksanakan perisikan yang agresif di Timur Tengah.

Dalam emel dihantar kepada THE NEW YORK TIMES, pegawai Israel tidak mengesahkan sumber maklumat perisikan yang dikongsi dengan pihak Rusia berkenaan aktiviti keganasan.

Reaksi kepada perkembangan terbaru itu, anggota Republikan mahu White House lebih berdisiplin dalam perkongsian maklumat sensitif perisikan.

Sementara itu, Donald Trump dikatakan meminta bekas Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), James Comey, untuk menggugurkan siasatan mengenai hubungan bekas Penasihat Keselamatan Negara, Michael Flynn dengan Russia.

Dalam laporan mengejutkan yang segera dinafikan pentadbiran Trump, akhbar berkenaan menyatakan Comey bertemu presiden itu di Rumah Putih pada 14 Februari lalu, kemudian merumuskan perbincangan mereka mengenai Flynn dalam satu memo.

Memo itu yang dibacakan kepada akhbar berkenaan oleh seorang pembantu Comey, menggambarkan Trump menggesa Comey menutup siasatan terhadap hubungan Flynn dengan Rusia.

Flynn, bekas ketua perisikan tentera, terpaksa meletak jawatan sebelum Trump bertemu Comey berhubung kebimbangan kaitannya dengan pegawai Russia.

Ia kemudian dilaporkan Flynn disyaki Jabatan Kehakiman sebagai sasaran mudah peras ugut Russia.

Tindakan mengejut Trump memecat Comey minggu lalu, mencetuskan tuduhan beliau cuma menghalang siasatan FBI mengenai sama ada kempennya ada hubungan dengan Russia untuk memberi kemenangan kepadanya pada pilihan raya November lalu.
=EZY=