Categories
SUKANKINI

Kelantan, T-Team, Perlis & ATM dipotong enam mata

PETALING JAYA 2 MEI: Empat pasukan ditolak enam mata berkuat kuasa serta merta selepas gagal melengkapkan pendaftaran pasukan untuk menyertai Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Empat pasukan terbabit adalah Kelantan, T-Team, Perlis dan ATM yang berdepan dengan masalah kewangan dan tunggakan gaji sehingga gagal memuat naik Surat Selesai Bayaran/Tunggakan Gaji, Surat Selesai Bayaran/ Tunggakan KWSP, Surat Bayaran/Tunggakan PERKESO dan Surat Selesai Bayaran/Tunggakan LHDN bagi melengkapkan pendaftaran pasukan.

Keputusan itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam, hari ini lapor BH ONLINE.

“Jika mereka gagal melengkapkan proses pendaftaran sebelum 15 Mei 2017, maka pasukan terbabit dilarang daripada mendaftar pemain baharu semasa jendela perpindahan kedua dibuka.

“Kegagalan untuk melengkapkan proses pendaftaran sebelum hari terakhir musim 2017 pada 31 Oktober 2017 akan menyebabkan mereka disingkirkan daripada liga yang disertai,” katanya.

=EZY=