Categories
PBT SELANGOR

Peniaga bazar jangan ‘cekik darah’

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 29 MEI: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menasihatkan peniaga dan penjaja di kawasan pentadbirannya supaya tidak menaikkan harga jualan sesuka hati sempena Ramadan.

Yang Dipertuanya, Abd Hamid Hussain berkata, harga jualan melampau dan tidak munasabah boleh memberi kesan kepada pendapatan peniaga itu sendiri.

“Walaupun kita tidak mempunyai kuasa dalam mengawal harga tetapi kita mahu peniaga ini mempunyai rasa tanggungjawab.

“Orang ramai juga mempunyai pilihan jika mahu membeli juadah yang mahal atau tidak, ” katanya.

Terdahulu, Abd Hamid memaklumkan MPAJ akan meletakkan pegawainya bagi memantau keselamatan dan aktiviti peniaga di tapak bazar.

ydp-mpaj-abd-hamid-hussainBeliau berkata, pihaknya tidak akan teragak mengambil tindakan penguatkuasaan kepada peniaga yang gagal mematuhi arahan dan melanggar syarat penjaja.

“MPAJ juga akan menempatkan anggota penguatkuasa bagi mengawal kesesakan dan mengambil tindakan terhadap peniaga yang tidak mempunyai lesen,” katanya.

MPAJ menyediakan 1,617 tapak di 22 lokasi, berkurang 329 tapak berbanding tahun lalu.