Categories
SELANGOR

Program 4P lonjak jualan lebih 50%

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 25 MEI: Program Peningkatan Keupayaan Reka Bentuk Pembungkusan Produk Usahawan (4P) yang dilaksanakan Kerajaan Negeri diyakini mampu melonjakkan peningkatan jualan melebihi 50 peratus.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Usahawan, Amirudin Shari berkata, program yang dilaksanakan sejak 2012 itu berjaya melahirkan 95 usahawan.

Katanya, seramai 26 peserta terpilih menyertai program itu tahun lalu dan 70 peratus daripadanya mencatatkan peningkatkan jualan yang sangat memberangsangkan.

CP2A0271-1280x853“Pembangunan usahawan mikro sehingga ke peringkat usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) adalah tumpuan utama diberikan Kerajaan Negeri.

“Dengan kesedaran bahawa pembangunan ekonomi sesebuah negeri dan negara tidak boleh tidak disokong usahawan mikro serta IKS ini.

“Usahawan yang terpilih akan diberikan pendedahan terhadap perkara penting seperti Peraturan Perlabelan dan Pembungkusan, strategi penjenamaan, pendaftaran jenama dan ‘barcode’ serta pembangunan asas kawalan kualiti ke arah perlaksanaan pensijilan halal,” katanya di Majlis Penyampain Sijil Program Reka Bentuk Pembungkusan Produk Usahawan 2016, di SUK, di sini, hari ini.

Amirudin berkata, seramai 20 usahawan bagi kategori ‘low end’ dan enam usahawan kategori ‘high end’ dipilih menyertai program itu, tahun ini.

“Bagi peserta ‘low end’, mereka akan akan didedahkan di peringkat asas dengan proses pengeluaran produk secara manual dan segera automatik untuk permintaan pasaran lebih kecil serta sesuai dengan pasaran domestik.

“Manakala, bagi kategori ‘high end’, ciri pemprosesan produk secara automatik sepenuhnya, mampu melaksanakan sistem kualiti, melabur dan bersedia untuk dieksport ke luar negara. Mereka juga perlu bersedia untuk menghasilkan produk dalam berskala besar,” katanya.