Categories
EKONOMI NASIONAL

Ringgit dibuka rendah pagi ini

KUALA LUMPUR, 29 MEI: Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), pagi ini walaupun terdapat laporan lanjutan pemotongan pengeluaran minyak mentah.

Pada jam 9 pagi tadi, ringgit yang dipengaruhi pergerakan harga minyak disebut kepada 4.2680/2730 berbanding penutup Jumaat iaitu 4.2670/2700.

Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan bukan ahli OPEC diterajui Russia bersetuju melanjutkan pemotongan dalam pengeluaran minyak sebanyak sembilan bulan berakhir, pada Mac 2018.

Bagaimanapun, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.0843/0901 dari 3.0844/0886 pada Jumaat.

Ringgit juga meningkat berbanding pound British kepada 5.4724/4801 dari 5.4912/4955, mengukuh berbanding yen kepada 3.8319/8374 dari 3.8452/8496 dan meningkat berbanding euro kepada 4.7674/7747 dari 4.7859/7897.

*Sumber: BERNAMA