Categories
EKONOMI

Ringgit diniaga 4.3150/3200 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 17 MEI: Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini, meneruskan peningkatan semalam berikutan sentimen lemah terhadap mata dolar AS.

Pada jam 9 pagi, ringgit disebut harga pada 4.3150/3200 berbanding dolar AS daripada 4.3200/3230 penutup semalam, lapor BERNAMA.

Pedagang berkata, penerbitan data kediaman AS yang lebih lemah daripada jangkaan berserta kebimbangan berhubung kecelaruan politik domestik susulan pendedahan maklumat rahsia oleh Presiden Donald Trump kepada pegawai Russia, melemahkan sentimen terhadap dolar AS.

“Perkembangan ini memberi kesan negatif kepada pelabur,” kata pedagang. Sementara itu, ringgit didagangkan lebih lemah berbanding mata wang utama.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0910/0957 daripada 3.0903/0929 dan lebih lemah berbanding yen kepada 3.8315/8376 daripada 3.8038/8075 paras penutup semalam.

Ringgit juga susut berbanding pound British kepada 5.5745/5814 daripada 5.5659/5706 dan menguncup berbanding euro kepada 4.7875/7943 daripada 4.7706/7756.

=EZY=