Categories
NASIONAL

Amaran ribut petir di lima kawasan

KUALA LUMPUR, 12 JUN: Keadaan ribut petir di perairan Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Sarawak (Rejang, Mukah dan Bintulu) dijangka berterusan sehingga lewat pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50km sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.

Keadaan serupa diramal berlaku di perairan Selat Melaka Selatan dan Reef South dan dijangka berterusan sehingga lewat pagi dan keadaan itu berbahaya kepada bot kecil.

Untuk maklumat lanjut boleh merujuk kepada laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia diĀ www.met.gov.my.

*Sumber: BERNAMA