Categories
NASIONAL

Bekas leftenan tentera didakwa rasuah RM95,794

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 8 JUN: Seorang bekas pegawai tentera berpangkat Leftenan Kolonel, Shaharil Hisham Abdul Razak, 57, dihadap ke Mahkamah Sesyen Kuantan atas kesalahan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan RM95,794.

Malaysia Gazette melaporkan, tertuduh berdepan sembilan pertuduhan iaitu dua pertuduhan bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009 dan tujuh pertuduhan bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Shahril yang juga Pegawai Staf 1 Ketua Zon Pejabat Senggaraan Zon Timur turut berdepan dua pertuduhan di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009.

Dia juga didakwa melakukan kesalah itu di Markas Angkatan Tentera Malaysia, Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan (BPKP), Pejabat Senggaraan Zon Timur, Pahang antara November 2015 hingga April 2016.

Sementara tujuh pertuduhan bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan pula, dia didakwa menerima suapan RM20,794 antara November hingga Disember 2016 di Kuantan, Temerloh dan Kuala Lumpur yang mempunyai hubungan dengan tugas rasminya.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh berdepan hukuman penjaran tidak melebihi dua tahun penjara atau denda atau keduanya-duanya sekali. .

Tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM14,000 dan seorang penjamin serta kes disebut semula, pada 4 Julai ini.