Categories
SELANGOR

Gangguan bekalan air sementara di Hulu Langat

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 1 JUN: Gangguan bekalan air tidak berjadual dilaporkan berlaku di daerah Hulu Langat ekoran paip pecah.

Menerusi laman sesawang Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), paip pecah bersaiz 150 mm MS itu penyebab berlaku gangguan air di dalam longkang di selekoh Lorong Serai 7m Batu 11, Kampung Sungai Serai, hari ini.

“Penutupan sementara adalah bagi pelaksaan kerja pembaikan.

“Bekalan akan dibuka sejurus kerja pembaikan yang dijangkakan siap pada jam 4 petang ini dengan pemulihan keseluruhan kawasan adalah secara berperingkat,” katanya.

Sehubungan itu, SYABAS memohon kerjasama orang ramai memahami kesulitan yang berlaku dan maklumat terkini boleh dimuat turun menerusi aplikasi mySYABAS atau ikuti Twitter dan Facebook Air Selangor.