Categories
GLOBAL

Rakyat Qatar panik, penuhkan troli beli keperluan makanan

DOHA 6 JUN: Ekoran krisis diplomatik antara beberapa negara Arab dan Qatar, rakyat negara itu di ibu negaranya berpusu-pusu di pasar raya besar membeli barangan keperluan asas.

Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan orang ramai memenuhkan barangan dalam troli dan bakul, manakala rak makanan penting seperti susu, beras dan ayam, kosong.

Qatar mengimport barangan seperti ayam dari Arab Saudi dan penduduk tempatan menerusi media sosial, semalam mengadu mereka perlu makan ayam dari Oman dan sebaliknya.

Qatar hanya berkongsi sempadan tanah dengan Arab Saudi, dan bergantung import ke atas makanan yang kebanyakan dari negara Teluk.

Semalam, negara Arab termasuk Arab Saudi dan Mesir memutuskan hubungan dengan Qatar dan menuduh negara itu menyokong keganasan sekali gus dianggap krisis diplomatik terbesar melanda rantau itu.

https://selangorkini.my/2017/06/perang-diplomatik-negara-arab-vs-qatar-apa-yang-berlaku/

Sementara itu, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sepakat menghentikan eksport gula ke Qatar selepas dua negara itu memutuskan hubungan diplomatik dengan Doha, kata sumber perdagangan hari ini.

Qatar mengimport kira-kira 100,000 tan gula setahun dari UAE dan Arab Saudi dan penggunaan bahan itu semakin meningkat pada Ramadan.

=EZY=