Categories
EKONOMI

Ringgit diniaga 4.2590/2640 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 6 JUN: Ringgit meneruskan trend positif semalam untuk dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini apabila kebanyakan pelabur beralih minat terhadap mata wang baharu muncul, termasuk ringgit, kata seorang peniaga.

Pada jam 9.15 pagi, unit tempatan itu diniagakan pada 4.2590/2640 berbanding dolar AS daripada 4.2620/2650, pada penutup semalam, lapor BERNAMA.

Berbanding sekumpulan mata wang utama, ringgit diniagakan bercampur-campur.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0831/0890 daripada 3.0880/0913 semalam, tetapi susut kepada 5.5005/5078 berbanding pound British daripada 5.5001/5057, semalam.

Ringgit juga susut berbanding yen kepada 3.8697/8746 daripada 3.8560/8590 semalam tetapi naik berbanding euro kepada 4.7978/805 daripada 4.8007/8045 sebelumnya.

=EZY=