Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Sumbangan mangsa banjir Hulu Langat fasa kedua selesai

OLEH SYAZWANI SUFIAN

HULU LANGAT, 23 JUN: Bantuan berupa wang tunai dan barang keperluan kepada 91 mangsa banjir di Hulu Langat selesai dilaksanakan Kerajaan Negeri dan Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI).

Exco Kebajikan, Kesihatan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, setiap keluarga menerima RM1,000 yang diserahkan mengikut fasa setelah selesai mengisi borang disediakan Pejabat Daerah.

Katanya, bantuan fasa pertama membabitkan 32 keluarga diserahkan pada 22 Jun lalu (semalam), manakala selebihnya disampaikan, hari ini.

“Kita sudah selesai menyampaikan sumbangan kepada 91 keluarga dan selebihnya akan diserahkan selepas sambutan Aidilfitri,” katanya kepada SelangorKini selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Mangsa Bencana Banjir Hulu Langat Fasa 2 di Kompleks Penghulu Mukim, Batu 10, di sini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi MBI, Soffan Affendi Aminudin berkata, pihaknya berbesar hati dapat terus menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Katanya, usaha itu adalah salah satu inisiatif 30 anak syarikat MBI dan Kerajaan Negeri mengumpul dana menyantuni serta membantu masyarakat ditimpa musibah.

“Setakat ini, dua fasa sudah selesai dan setelah menerima maklumat lengkap dari pejabat daerah, kita akan teruskan untuk fasa seterusnya,” katanya.

IMG_1683