Categories
GLOBAL

4 pengawal peribadi Presiden Filipina cedera ditembak

MANILA 19 JULAI: Empat pengawal Presiden Filipina Rodrigo Duterte cedera ditembak dipercayai dilakukan pemberontak komunis hari ini, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP.

Pihak berkuasa berkata, Duterte tiada dalam konvoi itu apabila pemberontak melepaskan tembakan ke arah dua kenderaan Kumpulan Pengawal Presiden di sepanjang lebuh raya di Mindanao.

Komander Louie Dagoy berkata, mereka yang cedera dalam perjalanan ke satu lagi bandar raya di Mindanao apabila menempuh pusat pemeriksaan dikuasai gerila.

Serang hendap dilakukan sehari selepas Duterta memohon kebenaran Kongres meletakkan Mindanao dalam undang-undang tentera sehingga Disember ini untuk menewaskan militan Daesh yang memerangi pasukan keselamatan di Marawi.

Undang-undang tentera 60 hari itu sudah pun dilaksanakan di pulau itu selepas militan menyerang Marawi pada 23 Mei, tetapi Duterte, semalam mengaku memerlukan lebih banyak masa menewaskan mereka.

Pihak pemberontak komunis memulakan serangan bersenjata pada 1968 dan menyebabkan kira-kira 30,000 terkorban menurut pihak tentera.

=EZY=