Categories
GLOBAL

Iran umum peluru berpandu baru capai 120km

BEIRUT 23 JULAI: Iran mengumumkan pengeluaran peluru berpandu terbaru dikenali sebagai Sayyad 3 itu boleh mencapai ketinggian 27 kilometer (km) dan bergerak sejauh 120km.

Menteri Pertahanan Hossein Dehghan berkata, senjata terbabit boleh disasarkan kepada pesawat perang, kenderaan kawalan jauh, kapal peluru berpandu dan helikopter.

Minggu lalu, AS mengenakan sekatan ekonomi ke atas Iran susulan program peluru berpandu balistik negara itu dan berkata, aktiviti berbahaya Iran di Asia Barat merosakkan sebarang sumbangan positif yang diperoleh dari perjanjian nuklear 2015.

Langkah berkenaan dilihat sebagai petunjuk bahawa Presiden Donald Trump sedang berusaha mewujudkan tekanan ke atas Iran dan pada masa sama, memastikan negara terbabit berpegang pada perjanjian dibuat sebelum ini bersama enam kuasa besar lain untuk menghentikan program nuklear mereka sebagai balasan ke atas pelepasan sekatan ekonomi serta minyak di peringkat antarabangsa.

SAYYAD3Dehghan pada majlis pelancaran peluru berpandu itu berkata, perjanjian ketenteraan berjumlah AS$110 bilion (RM471 bilion) yang dimeterai antara AS dan Arab Saudi Mei lalu adalah satu ancaman terhadap Iran.

“Kita baru-baru ini menyaksikan pembelian oleh negara di rantau ini yang dibayar kepada AS dengan tujuan membawa masuk senjata untuk mengancam Iran,” katanya, lapor REUTERS.

=EZY=