Categories
SUKANKINI

Kasma ungguli CP150 Cub Prix di MAEPS Serdang

OLEH HAFIZAN TAIB

SERDANG, 17 JULAI: Pelumba Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor, Kasma Daniel Kasmayuddin mudah melepasi garisan penamat dan meraih kemenangan dalam saingan CP150 Kejuaraan Cub Prix AAM PETRONAS di Litar Taman Ekspo Agro Malaysia Serdang (MAEPS), di sini, semalam.

Pelumba negara yang baru pulang dari Sepanyol bagi menyertai saingan Kejuaraan Moto3 Remaja Dunia itu bersendirian serta menepati ramalan melintasi garisan penamat dengan masa keseluruhan 15’59.423s, lapan saat di hadapan pemenang tempat kedua.

“Memang strategi saya untuk cuba menjarakkan diri dengan pelumba lain dari awal perlumbaan kerana tidak mahu bersaing dalam kelompok besar.

“Litar ini mempunyai banyak selekoh sempit dan permukaan jalan semakin teruk, maka saya cuba mengekalkan masa sepusingan dengan konsisten kerana tidak mahu terbabit insiden tidak diingini,” katanya.

Kasma berkata, beliau juga berusaha memenangi perlumbaan itu kerana mungkin terdapat lagi perlumbaan Cub Prix selepas ini tidak dapat disertainya dan dia tidak boleh kehilangan mata berharga.

Di sebalik kemenangan mudah Kasma, persaingan lebih terarah kepada perebutan pemenang tempat kedua dan ketiga di antara rakan sepasukan Kasma, Md Ramdan Rosli, Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ), Fakhrusy Syakirin Rostam (SCK Rapido Hi-Rev Honda Racing) dan Md Azhar Abdul Jalil (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) terutama ketika perlumbaan berbaki tiga pusingan terakhir.

KASMA DANIEL KASMAYUDDINKesempatan digunakan dengan bijak oleh Md Ramdan menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua dengan masa 16’08.169s, manakala Ahmad Afif berada di kedudukan keenam pada peringkat awal perlumbaan pantas mencuri ruang untuk memintas sebelum berjaya menamatkan perlumbaan di atas podium dengan masa 16’08.466s.

Manakala dalam saingan CP115, Azroy Hakeem Anuar (Givi Honda Yuzy Racing) berjaya meraih podium pertama bagi musim ini dengan menewaskan pendahulu keseluruhan, Md Akid Aziz (Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor) sekali gus menyekat Akid daripada meraih kemenangan keempat berturut-turut.

Setelah bersaing sengit dan sering kali bertukar kedudukan pendahulu, Azroy berjaya menjadi pelumba pertama melintasi garisan pennamat dengan masa keseluruhan 12’20.772s, hanya 0.080s di hadapan Akid diikuti rakan sepasukan, Md Haziq Fairues di kedudukan ketiga dengan masa 12’21.760s.

Malang buat Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) yang pada satu ketiga berada di kedudukan ketiga apabila terjatuh pada pusingan terakhir perlumbaan.

Gelaran naib juara cukup untuk meletak Akid terus selesa di tangga teratas keseluruhan dengan 95 mata, 30 mata mengatasi Haziq manakala Ahmad Syukran Aizat (Petronas Sprinta Yamaha-CKJ) di tangga ketiga (47 mata).

Dalam saingan Wira, Md Syarifuddin Azman (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) meraih kemenangan pertama pada musim ini dengan catatan masa keseluruhan 9’57.276s, mengatasi pendahulu keseluruhan, Md Aiman Tahiruddin (Petronas Sprinta Yamaha – Afb Tech) yang menamatkan perlumbaan dengan masa 10’03.447s.

Md Syafieq Aiman (Elf Koyoko KC Racing) sekali lagi menamatkan saingan di atas podium di tempat ketiga dengan catatan masa 10’04.055s.

Gelaran naib juara terus melonjakkan kedudukan Aiman selaku pendahulu dengan mengumpul 86 mata, 24 mata mengatasi Saiful Azhary Muhamad yang menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat dengan 56 mata, berkongsi mata bersama Syafieq.

KEPUTUSAN

CP150
1 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 15:59.423s
2 Md Ramdan Rosli (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 16:08.169s
3 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 16:08.466s
4 Fakhrusy Syakirin Rostam (JHR) SCK Rapido Hi-Rev Honda Racing 16:08.550s
5 Md Azhar Abd Jalil (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 16:09.103s

Kedudukan Keseluruhan
1 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 75 mata
2 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 67 mata
3 Ahmad Fazli Sham (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 40 mata
4 Md Adib Rosley (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 39 mata
5 Md Zaqhwan Zaidi (SGR) GiVi Honda Yuzy Racing Team 35 mata

CP115
1 Azroy Hakeem Anuar (KUL) GiVi Honda Yuzy Racing Team 12:20.772s
2 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 12:20.852s
3 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 12:21.760s
4 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 12:35.116s
5 Md Irfan Rosnizam (KDH) WL Motorsports Racing 12:35.398s

Kedudukan Keseluruhan
1 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 95 mata
2 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 65 mata
3 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 47 mata
4 Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 36 mata
5 Md Irfan Rosnizam (KDH) WL Motorsports Racing 27 mata

WIRA
1. Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 9:57.276s
2 Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – AfB Tech 10:03.447s
3 Md Syafieq Aiman (JHR) Elf Koyoko KC Racing Team 10:04.055s
4 Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 10:05.184s
5 Md Faiz Zekri Sabri (PNG) TKKR Racing Team 10:08.689s

Kedudukan Keseluruhan
1. Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – AfB Tech 86 mata
2 Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 62 mata
3 Md Syafieq Aiman (JHR) Elf Koyoko KC Racing Team 62 mata
4 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 56 mata
5 Md Danial Syahmi (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – AfB Tech 47 mata