Categories
PBT SELANGOR

Majlis lancar, MPAJ hargai kepercayaan Kerajaan Negeri

OLEH HAFIZAN TAIB

AMPANG, 2 JULAI: Pemilihan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) selaku tuan rumah Majlis Rumah Terbuka Eidul Fitri Negeri Selangor tahun ini, adalah penghargaan terhadap keberkesanan pentadbirannya.

Yang Dipertuanya, Abdul Hamid Hussain, berkata pihaknya merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas kepercayaan diberikan hingga penganjurannya berjalan lancar dan mendapat sambutan.

“Terima kasih kepada Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali atas pemilihan MPAJ ini.

“Pemilihan kali kedua ini lebih bermakna kerana MPAJ menyambut ulang tahun ke 25 pada tahun ini,” katanya kepada SelangorKini.

Raya1Pada tahun lalu, MPAJ menganjurkan majlis sama di Padang A2 Keramat, di sini.

“Alhamdulillah dengan cuaca yang baik, majlis dapat diadakan lancar dan dihadiri ramai.

“Terima kasih atas kerjasama semua dalam menjayakannya,” katanya.

Sultan Selangor diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, berangkat hadir ke majlis itu dengan disambut Dato’ Menteri Besar dan isteri, Datin Seri Shamshida Taharin.

Turut hadir, pimpinan Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Negeri, Ahli Parlimen, kedutaan dan tetamu lain.

=EZY=