Categories
SELANGOR

Selangor salur RM237 juta bantu usahawan HIJRAH

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 25 JULAI: Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan kewangan RM237 membabitkan program mikrokredit Skim Hijrah Selangor (HIJRAH) sejak diperkenalkan di negeri ini.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, jumlah berkenaan melibatkan 38,821 peminjam.

“Bilangan permohonan diluluskan adalah 38,821 usahawan dengan jumlah pinjaman RM237,751,500.00.

“Sementara itu, pembayaran balik adalah 82.14 peratus,” katanya.

amir-dunBeliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Pelek, Lai Nyuk Lan pada persidangan penggal kelima Dewan Negeri Selangor (DNS) ke 13.

HIJRAH adalah program skim mikrokredit bersepadu gagasan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dengan mengabungkan SKIMSEL, MIMBAR dan WALA yang dilaksanakan sejak 2008.

Program di bawah Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) itu merupakan Projek Penyelidikan Tindakan (Action Research Project yang memberi tumpuan meningkatkan pendapatan ekonomi golongan pertengahan merapatkan jurang pendapatan ekonomi rakyat.

Di peringkat Kerajaan Negeri, inisiatif berkenaan menyasarkan kumpulan ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU), graduan universiti.

Mereka berkelayakan dibantu menerusi skim mikrokredit bagi menjana lebihan pendapatan melalui aktiviti permodalan tambahan dalam memajukan perniagaan.