Categories
NASIONAL

Tiga mantan PM keluar Umno mencari kejernihan hidup

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 25 JULAI: Tiga daripada lima bekas Perdana Menteri Malaysia keluar daripada Umno-Barisan Nasional (BN) demi mencari kehidupan lebih tenang dan bermakna.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Sabak, Sallehen Mukhyi, berkata tiga bekas Perdana Menteri itu adalah, Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Almarhum Tun Hussein Onn dan terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn dan boleh jadi Tun Dr Mahathir juga mencari kejernihan keluar daripada BN tetapi soalnya seluruh rakyat berhak mempunyai Perdana Menteri yang baik, boleh mengurus harta negara dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan menggesa DNS mengkaji impak skandal 1MDB terhadap rakyat Selangor pada hari kedua Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

Ketika menyentuh isu individu bagaimana wajar dijadikan Perdana Menteri, Sallehen berkata seorang Perdana Menteri hendaklah mempunyai kemampuan mengurus harta rakyat dengan amanah.

=EZY=