Categories
KENYATAAN MEDIA

Bagaimana kontraktor tidak layak boleh bina hospital RM88 juta?

Kegagalan kerajaan memastikan setiap projek rakyat telah menyebabkan puluhan juta wang rakyat dibazirkan dan dirugikan, malah kelamahan ini menyebabkan ramai rakyat menjadi mangsa kerana projek yang tertangguh ini.

Menurut Laporan Audit Negara 2016 siri pertama, Jabatan Audit Negara mendapat bahawa menteri kewangan telah mendapatkan kontraktor bagi pakej ke-2 secara rundingan terus yang tidak memenuhi syarat untuk pembinaan Hospital Bera ditonjolkan dalam siri pertama Laporan Ketua Audit Negara 2016.

Kelemahan ini menyebabkan Hospital bernilai RM88 juta yang bertujuan untuk memberi perkhidmatan kepada 92,000 orang di daerah Bera dan mengurangkan kesesakan di Hospital Temerloh, yang terletak kira-kira 45km, sepatutnya siap pada 9 Januari 2015, tetapi hanya 57 peratus siap pada Disember 2016.

Wang yang telah dibelanjakan menyebabkan ramai menjadi mangsa dan wang telah dibazirkan, ini menimbulkan persoalan yang sangat penting, iaitu bagaiman kementerian sanggup memiliH kontraktor yang tidak memenuhi syarat untuk pembinaan Hospital Bera?

Adakah kerajaan tidak belajar dari kesilapan seperti kes yang telah berlaku pada Hospital Shah Alam, kes Hospital Bera ini saling tidak tumpah seperti kes Shah Alam yang mana pihak kementerian telah menyerahkan kontrak kepada sebuah syarikat yang tidak berpengalaman melalui kaedah secara runding terus tanpa tender terbuka sehingga menyebabkan kerugian RM68 juta.

Asal kos Hospital Shah Alam adalah berjumlah RM491.6 juta, dan tempoh projek adalah 12/november/2007 sehingga 12/november 2010, malangnya pada 2/septembe/2010 hanya 27% kerja sahaja yang siap berbanding jadual asal yakni 33.1%.

Ironinya, di sebalik masalah yang telah berlaku ini, pihak JKR telah sekurang-kurangnya memberi tiga amaran kepada kementerian bahawa semua tujuh syarikat tidak layak, dan berkali-kali mencadangkan kepada kementerian kewangan supaya tender terbuka dijalankan, malangnya tindakan kementerian adalah bertentangan.
Penglibatan Pejabat Perdana Menteri dalam pelantikan kontraktor adalah dalang kepada masalah yang berlaku, ini kerana pada 28 Oktober 2011, terdapat surat daripada Pejabat Perdana Menteri (PM) kepada Setiausaha BPK MoF yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit PM, memaklumkan mengenai catatan minit oleh YAB PM bertarikh 20 September 2011 yang menyebut ‘bersetuju dibuat tender terhad dan meneruskan penilaian teknikal’.

Ini menunjukkan budaya rasuah yang berlaku di Malaysia adalah pada paras kritikal dan saya selaku wakil rakyat mendesak agar kajian penuh dan lebih terperinci dan tindakan selanjutnya dijalankan.

*YB DR. SITI MARIAH*
Ahli Parlimen Kota Raja