Categories
EKONOMI NASIONAL

Bursa Malaysia dibuka pada 1,771.40

KUALA LUMPUR, 25 OGOS: Bursa Malaysia dibuka rendah, hari ini ekoran momentum belian yang perlahan, menjejaki pasaran saham global, kata seorang peniaga.

Pada 9.02 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) rendah 4.10 mata kepada 1,771.40, berbanding 1,775.50 pada penutup semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka 3.4 mata lebih rendah pada 1,772.10.

Di pasaran lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 105 berbanding 101, dengan 134 kaunter tidak berubah, 1,500 tidak diniagakan dan 38 yang lain digantung.

*Sumber: BERNAMA