Categories
SELANGOR

Capaian internet lebih laju dengan CBS, mampu cecah 20mbps

OLEH LIZAWATI MADFA

SUBANG JAYA, 28 SEPT: Purata kelajuan sambungan internet dijangka mampu mencecah 20 megabit per saat (Mbps) dengan teknologi Sistem BBU Berpusat
(Centralised BBU System-CBS).

Pengarah Urusan Platinum Core Solution (PCS), Malik Faizal Bakar berkata, pihaknya menyediakan infrastruktur untuk kemudahan ‘mobile operator’ menyedikan capaian internet terpantas.

Beliau berkata, pihaknya mengadaptasi kaedah serupa diamalkan di Korea Selatan iaitu antara negara dengan capaian internet terpantas dunia.

SMART POLE“Mereka mempunyai ‘blueprint’ untuk perkara begini dan dilakukan secara tersusun, bersepadu dan menyeluruh serta tidak berselerak.

“Di sini, tiada perkara begitu, jadi kita dalam fasa untuk mendidik masyarakat dan pada masa sama laksanakan teknologi baru ini bagi menyediakan infrastruktur lebih sempurna.

“Dengan infrastruktur baik dan perancangan tersusun dan rapi, capaian 20mbps pastinya boleh dicapai,” katanya pada sidang media.

Terdahulu, beliau turut serta pada Majlis Pelancaran CBS yang disempurnakan Exco Kerajaan Tempatan, Pembangunan Kampung Baru dan Pemutihan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah.

Berdasarkan Laporan Mengenai Internet Suku Pertama 2017 oleh penyedia perkhidmatan rangkaian penyampaian kandungan antarabangsa, Akamai, Malaysia mencatat purata kelajuan sambungan 8.9 Mbps, jauh ketinggalan berbanding Singapura dengan kelajuan 184.5 Mbps.