Categories
NASIONAL

Keputusan PRU bukan di tangan tiga mantan MB

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 26 SEPT: Usaha Umno-Barisan Nasional (BN) menggabungkan tiga mantan menteri besar bagi merampas Selangor daripada PAKATAN bukan faktor penentu terhadap kejayaannya.

Sebaliknya, Ketua Sekretariat PAKATAN, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ia akan ditentukan rakyat sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Kita bukan memperkecilkan mana-mana pihak kerana mantan menteri besar ini ada jasa mereka tetapi kita harus sedar dan melihat politik juga pilihan raya bukan ditentukan orang tertentu.

“Yang akan menentukan kedudukan Kerajaan Selangor itu bukan tiga orang (mantan menteri besar) tetapi seluruh pengundi dan rakyat Selangor,” katanya.

Saifuddin berkata demikian sebagai reaksi terhadap strategi Umno-BN diketuai Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar, yang mahu menggandingkan tiga mantan Menteri Besar, Tan Sri Muhammad Mmohd Taib; Tan Sri Abu Hassan Omar dan Dr Mohd Khir Toyo dalam usaha merampas Selangor.

dato saifuddin abdullah -markshort 2Mengulas lanjut, beliau berkata, usaha seperti itu tidak menghasilkan keputusan diinginkan seperti berlaku dalam PRU-12 dan PRU-13.

Saifuddin berkata, pembabitan seorang lagi mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, jika berjaya juga tidak menjanjikan kejayaan buat Umno-BN.

“Rakyat selaku pengundi kini bijak membuat keputusan dan tidak terpengaruh dengan strategi dirancang Umno-BN kerana ia strategi lama, kalau pada 2008 dan 2013 tidak lagi berhasil.

“Maka, apa keputusan diinginkan mungkin tidak akan terhasil,” katanya.