Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Lagi pusat tahfiz terbakar

SHAH ALAM, 28 SEPT: Dua minggu selepas tragedi kebakaran pusat tahfiz di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur dilaporkan, sebuah lagi pusat tahfiz terbakar di Rembau, Negeri Sembilan.

The Star melaporkan, kejadian berlaku jam 2 pagi tadi, membabitkan 37 pelajar perempuan, Maahad Tahfiz Yayasan As Sofa, kira-kira 25 kilometer dari bandar Seremban.

Dalam kejadian itu, tiga daripada mereka dirawat di hospital kerana mengalami masalah sesak nafas ekoran terhidu asap tebal.

Dilaporkan, 60 peratus struktur bangungan asrama hangus, dengan punca kejadian masih lagi dalam siasatan.

Pada 14 September lalau, sejumlah 23 orang terkorban, tiga kritikal dan dua separa kritikal dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat.

Kejadian didakwa menjurus kepada perbuatan khianat yang mengaitkan penahanan tujuh remaja dalam kes berkenaan.

Ketujuh mangsa akan didakwa di mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

maahad 1 maahad 2