Categories
PBT SELANGOR

MPS lantik ahli majlis pengerusi denggi zon

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 4 SEPT: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melantik semua ahli majlisnya menjadi pengerusi denggi bagi kawasan seliaan masing-masing.

Yang Dipertuanya, Suliman Abd Rahman berkata, pelantikan itu selari hasrat Kerajaan Negeri menjadikan Selangor bebas denggi.

“Kita memutuskan pelantikan itu dalam mesyuarat tindakan denggi peringkat negeri.

“Menjadi tanggunjawab setiap ahli majlis merancang program dan aktiviti membasmi denggi bersama penduduk di zon masing-masing,” katanya.

Pada masa sama, Suliman turut mengumumkan pemberian insentif kepada ahli majlis dan kakitangannya yang berjaya melepasi pencapaian sebagai galakan meningkatkan hasil kepada MPS.