Categories
EKONOMI

Saham Asia dibuka rendah

TOKYO 6 SEPT : Saham Asia menjejaki penurunan Wall Street semalaman untuk dibuka rendah hari ini, manakala dolar berada dalam keadaan defensif berikutan ketegangan di Semenanjung Korea.

Indeks meluas MSCI Asia-Pasifik di luar Jepun turun 0.15 peratus, lapor Agensi Berita Antarabangsa REUTERS.

Nikkei Jepun susut 0.55 peratus dan saham Australia hilang 0.3 peratus.

KOSPI Korea Selatan turun 0.2 peratus dan berada di landasan untuk kerugian kelima berturut-turut.

Peluru Korea UtaraKebimbangan geopolitik terus memuncak selepas ujian nuklear terbesar Korea Utara, Ahad lalu. Pyongyang bersedia untuk menghantar ‘pakej hadiah lebih banyak’ ke Amerika Syarikat, kata seorang diplomat utamanya, semalam.

Saham AS jatuh pada penutup semalam, dengan S & P 500 bergelut pada kerugian satu hari terbesar dalam tempoh tiga minggu.

“Risiko yang berpunca dari Semenanjung Korea mempunyai kesan yang luas terutamanya di Asia Timur, tetapi selepas beberapa hari kesannya mula memudar di rantau lain, seperti pasaran baharu muncul,” kata ahli ekonomi pasaran kanan di SMBC Nikko Securities, Kota Hirayama.

Pasaran baharu dijangka beralih tumpuan ke mesyuarat dasar Bank Pusat Eropah dan kemudian perjumpaan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan AOM (FOMC), kata Hirayama.

=EZY=