Categories
EKONOMI

Indeks Dow Jones catat rekod tertinggi

NEW YORK 11 OKT: Dow Jones mencecah rekod penutup tertinggi Selasa, dibantu kenaikan dalam stok Wal-Mart Stores, manakala Amazon dan saham teknologi kurang mendapat tumpuan pelabur yang menanti laporan kewangan suku tahun.

Wal-Mart melonjak lebih empat peratus ke paras tertinggi dua tahun selepas meramalkan jualan dalam talian Amerika Syarikat (AS) akan meningkat 40 peratus dalam tahun fiskal berikutnya dan mendedahkan rancangan pembelian semula saham syarikat bernilai AS$20 bilion, lapor REUTERS.

Ini membantu indeks pengguna S&P 500 naik 0.77 peratus, sungguhpun kenaikan dalam sektor itu dihadkan oleh P&G, yang turun 1.06 peratus selepas pelabur aktivis Nelson Peltz dengan tidak dijangka gagal dalam usaha menduduki kerusi lembaga pengarah.

Dow Jones menokok 69.61 mata, atau 0.31 peratus, pada 22,830.68.

S&P 500 menambah 5.91 mata, atau 0.23 peratus, kepada 2,550.64.

Nasdaq Composite menambah 7.52 mata, atau 0.11 peratus, kepada 6,587.25.

=EZY=