Categories
NASIONAL

Tiada kelibat Jamal berniaga ikan

OLEH AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 14 OKT: Kelibat Ketua Bahagaian Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos tidak kelihatan pada Himpunan Rakyat: Selamatkan Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi walaupun semalam beliau menyatakan mahu berniaga ikan disini.

Walaupun maklumat yang diterima media menyatakan beliau akan datang sekitar jam 3 petang tetapi sehingga jam 4.15 petang tiada sebarang tanda kehadiran beliau.

Setakat ini, Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah tiba di pentas utama bersama Presiden AMANAH, Mohamad Sabu.

Para penyokong dilihat mula hadir sejak jam 2 petang dan sehingga jam 4.30 petang dianggarkan lebih 3,000 sudah berada di sini.

Secara keseluruhan keadaan dan aliran trafik di sekitar tapak perhimpunan masih terkawal.

=EZY=