Categories
NASIONAL

Wanita: Jangan menangis lagi, bangkit buat perubahan

OLEH AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 14 OKT: Wanita Pakatan Harapan melaungkan semangat untuk membantu menyumbang kepada kemenangan pada PRU-14.

Ketua Wanita Pakatan Harapan, Zuraida Kamaruddin berkata, golongan wanita tidak perlu lagi menangis sebaliknya bangkit membantu membawa perubahan negara.

“Orang perempuan tidak perlu menangis lagi, bangkit buat perubahan. Ini peluang terbaik mengambil alih Putrajaya,” katanya.

Katanya, Wanita Pakatan Harapan sudah menyiapkan beberapa polisi untuk meningkatkan lagi taraf wanita yang mampu dilaksanakan jika Barisan Nasional (BN) berjaya ditewaskan pada PRU-14.

=EZY=