Categories
EKONOMI NASIONAL

Bursa Malaysia dibuka rendah

KUALA LUMPUR, 24 NOV: Bursa Malaysia dibuka rendah, pagi ini ekoran aktiviti jualan sederhana tetapi unjuran jangka pendek kekal positif, kata peniaga.

Pada jam 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada 2.08 mata lebih rendah, pada 1,719.19 daripada penutup Khamis iaitu 1,721.27.

Indeks itu dibuka 1.22 mata lebih rendah, pada 1,720.05.

Dalam pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 147 berbanding 120, manakala 154 kaunter lagi tidak berubah dengan 1,465 tidak didagangkan dan 41 yang lain digantung urusniaga.

Jumlah saham adalah 114.95 juta dengan nilai RM64.67 juta.

*Sumber: BERNAMA