Categories
NASIONAL

Prestasi kerja tiada kaitan dengan hijab

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 17 NOV: Gaya pemakaian seseorang wanita sama sekali tidak mempengaruhi prestasi kerja atau kebijakan mereka.

Presiden Pertubuhan Pembangunan dan Inovasi Malaysia (WADI Malaysia), Sukma Abdul Manaf berkata, tiada kajian membuktikan wanita tidak berhijab lebih pintar dan memiliki prestasi kerja lebih cemerlang berbanding wanita berhijab.

Katanya, tindakan diskriminasi terhadap wanita berhijab merupakan kerugian kepada negara apabila individu berpotensi dan berkelayakan tinggi dinafikan hak menduduki jawatan penting dalam organisasi.

“Lebih mengecewakan apabila kejadian diskriminasi ini masih berlaku walaupun sudah 60 tahun negara mencapai kemerdekaan.

“Tindakan seumpama ini turut menjejaskan imej negara yang berhasrat menjadikan Malaysia sebagai salah satu hab halal antarabangsa,” katanya.

Foto: BHOnline