Categories
EKONOMI

Bursa Malaysia dibuka rendah jejaki kejatuhan Wall Street

KUALA LUMPUR 20 DIS: Bursa Malaysia dibuka lebih rendah pagi ini dalam dagangan berhati-hati menjejaki kejatuhan semalaman di Wall Street, kata peniaga.

Pada 9.07 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,736.54, turun 0.41 mata, daripada 1,736.95 penutup Selasa.

Indeks utama itu dibuka 1.03 mata lebih rendah pada 1,735.92.

Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 133 berbanding 108 dengan 160 tidak berubah, 1,466 tidak didagangkan dan 34 yang lain digantung.

Sejumlah 114.71 juta saham bertukar tangan bernilai RM43.94 juta.

SUMBER: BERNAMA