Categories
PBT SELANGOR

Salur maklumat, MPK rai peranan media

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SETIA ALAM, 23 DIS: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengiktiraf peranan media dalam menyampaikan laporan dan maklumat kepada masyarakat berkenaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu.

Yang Dipertuanya, Dato’ Mohamad Yasid Bidin berkata, hebahan media membantu masyarakat menerima maklumat terhadap inisiatif dan gerak kerja dilaksanakan secara komprehensif oleh pihak majlis.

“MPK sangat menghargai peranan media dalam menyampaikan maklumat dan informasi kepada masyarakat yang membantu kita melebar luas inisiatif serta gerak kerja dilaksanakan.

“Contohnya, berkenaan isu penerimaan geran RM5 juta daripada KPKT (Kementerian Kesejahteraan Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan) yang membolehkan masyarakat mendapat maklumat jelas terhadap apa dijalankan MPK,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Malam Penghargaan Media 2017 MPK, di Setia City Convention Centre, malam tadi.

Aantara media diraikan pada majlis berkenaan adalah SelangorKini, TV Selangor, NTV7, TV9, RTM dan Sinar Harian.

Turut diraikan, Kumpulan Media Karangkraf, Berita Harian, Bernama, Sin Chiew Daily, Selangor FM dan Astro Awani.