Categories
EKONOMI

Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini

SHAH ALAM, 8 JAN: Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini, sebelum susut sedikit selepas aktiviti pengambilan untung, kata peniaga.

Pada jam 9.11 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) berada pada 1,816.84, susut 1.13 mata daripada penutup Jumaat lalu, 1,817.97, selepas dibuka 1.77 mata lebih tinggi iaitu 1,819.74.

Jumlah pasaran keseluruhan positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 435, berbanding 94 manakala 258 kaunter tidak berubah, 1,028 tidak diniagakan dan 31 yang lain digantung.

Jumlah saham sebanyak 497.49 juta dengan nilai RM220.61 juta.

*Sumber: BERNAMA